Antara tempat yang aku suka di Western Australia ini ialah bandar pelabuhannya, Fremantle. Terkenal sebagai bandar pelabuhan, di sini memang biasa kita lihat pemandangan kapal kapal besar belayar dan berlabuh..
Selain melepak tengok kapal kapal…pergi makan fish & chips…dan beli barang barang souvenir yang murah di E Shed itu, berbaloi juga kalau kita berjalan kaki sekitar bandar ini, melihat bangunan bangunan bersejarahnya. Sejarah Fremantle bermula seawal tahun 1829 lagi..bandar ini diberi nama sempena nama Captain Charles Howe Fremantle.
Kebanyakkan muzium di negeri Western Australia, Australia adalah ditempatkan di bangunan bersejarah itu sendiri…termasuklah Maritime Museum di Fremantle ini.
Bangunan bangunan bersejarah yg lain..
P&O Hotel ialah a refurbished hotel yang kini digunakan sebagai dormitory kepada pelajar pelajar The College of Saint Benedict & Saint John’s University..unik hostel nya 🙂
Walaupun banyak bangunan bangunan bersejarah, di sini juga ada universiti. The University of Notre Dame yang wujud sejak 1989 punyai kampus di Fremantle ini, selain kampusnya yang lain di Broome, Western Australia dan di Sydney.
Luangkan masa dengan berjalan kaki di sekitar Cliff St, High St, dan sekitarnya, memang banyak bangunan bangunan unik yang aku belum sempat capture kesemua imej nya. Will come here again, Insya Allah 🙂


































