kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Posts tagged “Fremantle

Historical Fremantle

Antara tempat yang aku suka di Western Australia ini ialah bandar pelabuhannya, Fremantle. Terkenal sebagai bandar pelabuhan, di sini memang biasa kita lihat pemandangan kapal kapal besar belayar dan berlabuh..

Ziyyad at the harbour

Selain melepak tengok kapal kapal…pergi makan fish & chips…dan beli barang barang  souvenir yang murah di E Shed itu, berbaloi juga kalau kita berjalan kaki sekitar bandar ini, melihat bangunan bangunan bersejarahnya. Sejarah Fremantle bermula seawal tahun 1829 lagi..bandar ini diberi nama sempena nama Captain Charles Howe Fremantle.

a well preserved 19th century building in Croke Street, Fremantle

Kebanyakkan muzium di negeri Western Australia, Australia adalah ditempatkan di bangunan bersejarah itu sendiri…termasuklah Maritime Museum di Fremantle ini.

The Maritime Museum and Shipwreck Galleries, WA.

Bangunan bangunan bersejarah yg lain..

P&O Hotel ialah a refurbished hotel yang kini digunakan sebagai dormitory kepada pelajar pelajar The College of Saint Benedict & Saint John’s University..unik hostel nya  🙂

P & O Hotel , High Street, Fremantle.

another view of the P&O Hotel

Walaupun banyak bangunan bangunan bersejarah, di sini juga ada universiti. The University of Notre Dame yang wujud sejak 1989 punyai kampus di Fremantle ini, selain kampusnya yang lain di Broome, Western Australia dan di Sydney.

The main entrance

School of Philosophy & Theology

Luangkan masa dengan berjalan kaki di sekitar Cliff St, High St, dan sekitarnya, memang banyak bangunan bangunan unik yang aku belum sempat capture kesemua imej nya. Will come here again, Insya Allah 🙂