kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Segamat

Jambatan Putus Buloh Kasap

Hari raya ketiga, 1 September 2011 aku bertolak balik ke JB. Singgah sebentar di Segamat untuk melawat saudara mara. On the way, aku berhenti di jambatan ini, jambatan bersejarah.  Baca sejarahnya.

Jujurnya, aku agak kesal sebab tarikan bersejarah ini tak di jaga dengan betul. Tiada plak/tugu/batu bersurat/signboard yang menceritakan dengan ringkas tentang asal usul bagaimana jambatan ini boleh putus kerana di bom British. Sedih. Sedangkan monumen sekecil kecil meja tulis pun siap ada ceritanya kalau ianya di negara luar..tapi sebijik jambatan yang besar ni, langsung takda apa apa. Cukup sekadar dengan pintu gerbang ini..

Sebelum ni, aku selalu lalu depan jambatan ni.Dulu ianya kusam berlumut.Sekarang, dah di cat. Secara peribadi, hodoh jambatan bersejarah ni di cat dengan warna mencanak terang pelbagai warna ni, dah macam tadika 😛  Cukuplah kalau dicat dengan warna putih/kelabu untuk mengekalkan nostalgia nya.

Dibelakang jambatan tadika tu 🙂 ialah jambatan baru, yang merentasi Sungai Muar. Baru aku perasan bila ambik gambar ni, jambatan baru tu pun lebih kurang sama aja design macam jambatan lama. Arkitek nya copy & paste kot ..haha .