kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Port Dickson

Bear Grylls kata ‘improvised’

Dah cuti panjang Jumaat – Ahad sempena Hari Malaysia + hujung minggu, ramai yang kawin dan buat open house Raya.

Dah sendat sangat perot makan sana sini, aku bawalah diri ke Port Dickson semalam. Walaupun aku tau;

-pantai PD ombaknya suam suam kuku.

-aku belum jumpa lagi port kat Port Dickson yang ada jeti/longgokan batu pantai yang besar dan banyak.

-aku tak beli lagi ND filter. CPL filter pun aku baru nak beli..haha. Wide angle lens pun aku takdak. Tapi kalau nak tunggu semua benda ada, itu alasan orang pemalas..:) Bak kata Bear Grylls, ‘we improvised’

 

Penyudahnya, buat cara orang takda filter. Tunggu matahari tenggelam, baru boleh layan long exposure..boleh gitu? 🙂

 

 

 

ps: at least kena beli lah jugak ND filter & CPL before aku mengembara ke bumi Kangaroo nanti 🙂