kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Jambatan Putus Buloh Kasap

Hari raya ketiga, 1 September 2011 aku bertolak balik ke JB. Singgah sebentar di Segamat untuk melawat saudara mara. On the way, aku berhenti di jambatan ini, jambatan bersejarah.  Baca sejarahnya.

Jujurnya, aku agak kesal sebab tarikan bersejarah ini tak di jaga dengan betul. Tiada plak/tugu/batu bersurat/signboard yang menceritakan dengan ringkas tentang asal usul bagaimana jambatan ini boleh putus kerana di bom British. Sedih. Sedangkan monumen sekecil kecil meja tulis pun siap ada ceritanya kalau ianya di negara luar..tapi sebijik jambatan yang besar ni, langsung takda apa apa. Cukup sekadar dengan pintu gerbang ini..

Sebelum ni, aku selalu lalu depan jambatan ni.Dulu ianya kusam berlumut.Sekarang, dah di cat. Secara peribadi, hodoh jambatan bersejarah ni di cat dengan warna mencanak terang pelbagai warna ni, dah macam tadika 😛  Cukuplah kalau dicat dengan warna putih/kelabu untuk mengekalkan nostalgia nya.

Dibelakang jambatan tadika tu 🙂 ialah jambatan baru, yang merentasi Sungai Muar. Baru aku perasan bila ambik gambar ni, jambatan baru tu pun lebih kurang sama aja design macam jambatan lama. Arkitek nya copy & paste kot ..haha .

8 responses

  1. dulu me penah dtg sini.. dah kalerful uoolss.. ahaha

    September 5, 2011 at 4:46 pm

  2. Hahaha..sangat colorful!

    September 5, 2011 at 4:47 pm

  3. dulu tempat permainan masa belajar kat uitm,tapi dh lama tk lalu sini..tk sangka pulak dh rupa gini jambatan tu…sungai ni selalu banjir,mungkin arkitek tu nak tunjuk jambatan sebelumnya camana kot…

    September 7, 2011 at 10:03 am

    • yup, setiap kali musim banjir memang air naik kat jambatan ni……Oh, dulu belajar di UiTM Segamat ke?

      September 7, 2011 at 12:35 pm

  4. iyo pak doktor…tk ajak mommy ziyyad gi nyopping kat Jakel ke? amik gambar kat landasan keretapi ke? beraya rumah normala shamsuddin…ah merapu pulak… 😀

    September 7, 2011 at 3:01 pm

  5. ita azid

    tula pasal,terang sgt cat jmbatan ni,dlu dgr citer nk wat tmpt riadah,tp cmtu jek x best pn…

    August 2, 2012 at 10:18 pm

  6. cha echa

    dan sekarang jambatan nie jadi tempat rujukan untuk final projek saya…

    January 15, 2014 at 11:02 am

  7. http://garagebox.org/gallery/displayimage.php?album=8&pid=62#top_display_media

    Sebenarnya tidak dipastikan samada jambatan ini putus disebabkan bom atau memang diruntuhkan sebab jambatan baru dah siap. Sebab dengar cerita dari orang-orang lama, jambatan buloh kasap yang dibom pada perang dunia kedua diperbuat dari kayu.

    January 23, 2014 at 1:16 pm

Komen loh :P

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s