kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Posts tagged “night photography

KLCC

Semalam petang aku ada urusan kat Putrajaya..siap siap usung kamera gabak ni dengan tripod lagi….sekali hujan daaa….tak dapek lah nak menembak kat Putrajaya.

Habis urusan(dan hujan masih cat & dog), aku decide nak gi KLCC lah..dah lama pun tak ke sana…sambil menembak, boleh lah shopping sekali 🙂  Ni 1st time aku ambik gambar KLCC tauuu..hatta dulu pakai P&S camera pun, tak pernah tergerak hati nak ambik gambar..haha

Hari Rabu..tapi masih ramai orang kat taman KLCC ni…naseb baik aku tak terjah sini hujung minggu..sah padat dgn umat manusia kannn..:p

malam malam dah dekat 9.30pm pun masih rajin kerja tu..terang aja opis..level berapa,aku lupa nak kira! Haha

bila aku tengok gambar bangunan2 kat belakang tu, aku wonder which one is en_me’s office.  Hehehe..

Tak pernah umur aku naik jambatan gantung ni. Wife aku pernah naik. Entah bila aku dapat naik, tak tahu lah.

Last shot sebelum aku balik. Hujan pun dah start turun balik. Wife aku pun dah siap shopping ! 😛