kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Posts tagged “Seremban

Masjid Jamek Seremban

Selamat hari Jumaat. Hari Jumaat yang mulia ni, jom layan gambar masjid. Ni masjid kedua dalam Projek Masjid aku..

Masjid Jamek Seremban, atau lebih dikenali dikalangan masyarakat setempat sebagai Masjid India. Masjid ni dibina tahun 1900. Ia ialah masjid pertama di bina di Seremban. Aku panggil masjid ni masjid merah, sebab merah menyala cat masjid ni..:)

Masjid ni glamour juga dengan menara nya. Tapi aku rasa menara ni dibina pada 1924, 24 tahun selepas masjid ni dibina.

Cubaan aku untuk naik menara ni gagal. Berkunci. Dan selalu aku pergi sini, memang berkunci manjang. Tok bilal pun azan dari dalam dewan solat aja, sakit lutut nak panjat menara agaknya..haha

Rekabentuk masjid ini berbeza dengan masjid masjid lain di Seremban, di mana ia terdapat unsur senibina masjid diMelaka. Ohh..lepas ni aku ingat nak jelajah Melaka lah pulak, cari masjid masjid lama..

Ruang serambi/beranda dibelakang main hall masjid. Kalau buat terawih kat ruang ni memang best ooo..sejuk aja..Dulu dulu la aku pernah terawih kat sini, sebab imam dia baca ayat lazim aja! Hahaha…