kurang menulis, kurang merepek..kalau nak merepek, aku ke Macam Macam Ada :)

Masjid Jamek Seremban

Selamat hari Jumaat. Hari Jumaat yang mulia ni, jom layan gambar masjid. Ni masjid kedua dalam Projek Masjid aku..

Masjid Jamek Seremban, atau lebih dikenali dikalangan masyarakat setempat sebagai Masjid India. Masjid ni dibina tahun 1900. Ia ialah masjid pertama di bina di Seremban. Aku panggil masjid ni masjid merah, sebab merah menyala cat masjid ni..:)

Masjid ni glamour juga dengan menara nya. Tapi aku rasa menara ni dibina pada 1924, 24 tahun selepas masjid ni dibina.

Cubaan aku untuk naik menara ni gagal. Berkunci. Dan selalu aku pergi sini, memang berkunci manjang. Tok bilal pun azan dari dalam dewan solat aja, sakit lutut nak panjat menara agaknya..haha

Rekabentuk masjid ini berbeza dengan masjid masjid lain di Seremban, di mana ia terdapat unsur senibina masjid diMelaka. Ohh..lepas ni aku ingat nak jelajah Melaka lah pulak, cari masjid masjid lama..

Ruang serambi/beranda dibelakang main hall masjid. Kalau buat terawih kat ruang ni memang best ooo..sejuk aja..Dulu dulu la aku pernah terawih kat sini, sebab imam dia baca ayat lazim aja! Hahaha…

13 responses

  1. yepp ala2 masjid kat Melaka,masjid kat melaka byk cantik2…kena pkai tangga escalator baru tk penat tok bilal…

    September 23, 2011 at 11:59 am

  2. Bulan depan nak jelajah Melaka lah..ekekeke

    September 23, 2011 at 12:10 pm

  3. psst nk gi bumi kanggaroo bila? kami nk jln2 jugak tp dlm malaysia jerlah…

    September 23, 2011 at 12:20 pm

    • 6 Oktober – 14 Oktober depan.

      September 23, 2011 at 2:37 pm

  4. nanti jgn lupe tangkap gambar mesjid australia pulakk abg doc tewww.. ehehe

    September 23, 2011 at 2:57 pm

    • ahaha…Insya Allah..

      September 23, 2011 at 3:54 pm

  5. menara dia pakai red brick. cool. πŸ˜€

    September 24, 2011 at 12:57 am

    • red brick dah mahal kan GB πŸ™‚

      September 24, 2011 at 2:44 pm

  6. ehemm…saya nk tukar2 magnet esbok australia dgn C.highland boleh tk? but idea en me kat atas tu pun saya setuju πŸ™‚

    September 28, 2011 at 12:33 pm

  7. Salam bro… baru terlintas di blog ini semasa menggoggle image untuk Senai Desaru Expressway bridge. Very good pics you have here. Great shots!

    October 26, 2011 at 2:41 am

  8. Doc, akak suka bangat la gambaq no.3 tu πŸ™‚

    December 10, 2012 at 1:18 pm

  9. Omar eskubi

    Untok pengetahuan masjid ini d bena oleh sheikh abdelrahman alghamdi alhijazi dgn datok bandar seremban tahun 1900 mnara d bena kmudiannya tahun 1924
    Sheikh abdelrahman adalh orang arab pada tHun 1948 ia pulang k mekah dan nazir masjid itu d wakili olih sheikh husain alghamdi setelah sheikh husain mninggal masjid d serahkn pada sheikh abdelkader pemilik anika setor seremban dan kmudiannya ia mnyerahkn masjid ini pada pejabat halehwal agama seremban negri sembilan

    September 6, 2017 at 4:45 am

  10. Omar eskoubi

    Sejarah masjid ni hasil kongsi pembinaan seorang arab Sheikh Abdeldelrahman alaaseri dgn Dato Bandar seremban , shiekh abdelkader /Anika stir dia ada lah yg waris yg terakhir mnyerahkn masjid ini kpd majlis agama N S sebelomnya masjid ini ialh Sheikh Husain’s alghamdi s sbagai nazirnya
    Sejak zaman british hingga lbeh kurang tahun 1968m. Knapa masjid ini d kenali olih masjid india olih krana S m daw oof yg selalu mmbuat bubur smasa musim ramadan mkn itu lh sebb nya d katakan masjid india

    December 2, 2018 at 5:56 pm

Leave a reply to gadisbunga` Cancel reply